OK KE INTERMITTENT FASTING (IF)??


Apa tu Intermittent Fasting atau secara ringkas disebut IF? 

IF adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa.

Ramai yang nak kurus tapi tak tahu macam mana nak pilih cara diet yang sesuai dan mudah nak diamalkan. Dulu Ibu dengar IF ni, rasa macam susah sangat nak amalkan. Padahal, IF ni la paling mudah nak diamalkan. Kenapa? Sebab kita sebagai orang Islam memang daripada kecil lagi dah mula berpuasa. Tambahan pula, Ibu adalah seorang yang lambat bersarapan..selalunya "Brunch".

Jom Ibu kongsikan tips cara nak mulakan IF..

Cara yang mudah untuk memulakan IF adalah dengan mengenali teknik-teknik IF yang bersesuaian dengan kemampuan tubuh kita dan mulakannya dengan perlahan-lahan iaitu bertahap. Jangan teruburu-buru atau over-do untuk mengelakkan sebarang implikasi yang tidak baik terhadap kesihatan kita, ukur baju pada badan sendiri dan perbanyakkan meminum air putih untuk mencegah dehidrasi sepanjang proses perlaksanaan IF. 

          


 

Terdapat 7 jenis IF yang boleh diamalkan:

IF #1:    Overnight Fasting (12:12)

Overnight fasting atau puasa semalaman, memerlukan anda untuk berpuasa minimum selama 12 jam sehari. Sebagai contoh, anda mula berpuasa pada pukul 8 malam dan berbuka pada pukul 8 pagi keesokan hari. Istimewanya kaedah ini adalah, waktu tidur anda akan merangkumi sebahagian besar waktu berpuasa !

 IF #2:    Time - Restricted Fasting (14:10 atau 16:8)

Time - Restricted Fasting atau puasa pada waktu tertentu, memerlukan anda untuk berpuasa sekitar 14 hingga 16 jam sehari. Sebagai contoh, anda mula berpuasa pada pukul 5 pagi dan berbuka pada pukul 7 malam (total 14 jam). Menariknya ini merupakan tempoh waktu berpuasa yang kebiasaannya dialami oleh masyarakat Islam pada bulan Ramadhan. Jadi, lebih mudah untuk dipraktikkan.


 

IF #3:   Whole Day Fasting

Whole Day Fasting atau puasa seharian, memerlukan anda untuk berpuasa selama 24 jam sehari. Sebagai contoh, anda mula berpuasa pada pukul 9 malam dan berbuka pada pukul 9 malam keesokan hari (total 24 jam). Jangan terkejut! Kerana ramai yang telah berjaya mengamalkannya. Namun tergantung kemampuan masing-masing, apakah anda mampu melaksanakannya setiap hari atau 1 kali dalam seminggu. Puasa seharian ini juga dikenali sebagai One Meal A Day Diet (diet OMAD), Warrior Diet, Eat Stop Eat Approach dan lain-lain.

IF #4: Alternate Day Fasting

Alternate Day Fasting atau puasa selang sehari, adalah seperti namanya. Sebagai contoh anda berpuasa pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad, Selasa, Khamis dan seterusnya. Pada hari yang ditetapkan berpuasa, anda hanya boleh makan dan minum dengan jumlah maksima 500-600 kalori sahaja. 

IF #4:    5:2 Fasting

5:2 Fasting atau puasa dengan ratio 5:2. Jika mengikut kaedah ini, anda hanya akan berpuasa berpuasa 2 hari sahaja dalam 1 minggu. Sebagai contoh anda berpuasa pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu, boleh juga niatkan puasa sunat, insyaAllah pahala pun dapat. Sama seperti kaedah puasa hari berselang-seli, anda hanya boleh makan dan minum sebanyak 500-600 kalori pada hari anda berpuasa.    

IF #5: Skipping Meals Fasting

Skipping Meals Fasting atau puasa melangkau waktu makan. Bagi teknik ini anda perlu meninggalkan beberapa waktu makan. Sebagai contoh anda tidak mengambil sarapan, namun memilih untuk makan tengah hari (macam Ibu..selalu "Brunch"), kemudian tidak mengambil makan malam. Kaedah ini hanya berhasil sekiranya makanan tengah hari anda tidak melebihi kuantiti kebiasaan atau dalam kata lain elakkan binge eating.  



     So..dah tahu macam mana nak IF?? Pilih lah ikut kemampuan diri..hanya kita mengenali diri sendiri kan.. 

Namun, keberkesanan IF terhadap diri kita sama ada untuk menurunkan berat badan, mengekalkan berat ideal atau untuk "healing" daripada beberapa penyakit, kunci utama adalah DISIPLIN!!

Dan suka Ibu nak ingatkan, walaupun kita berdiet, IF 24jam sekalipun, tapi kita hanya bergantung kepada IF semata-mata tanpa bersenam, agak sukar untuk kita mendapat keputusan seperti yang diharapkan.. 

So..kesimpulannya..pilih IF yang bersesuaian, disiplin dan bersenam..opps...satu lagi yang penting, pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat ni penting untuk kita kekalkan nutrisi dalam badan walaupun kita mengamalkan IF. Macam Ibu, nak mudah dan cepat, Ibu amalkan Set Hello New You.. dan amalkan air kosong (tanpa gula) seperti teh hijau. Ibu memang tegar dengan teh..teh hijau untuk detox dan teh diet untuk kurangkan rasa craving. 

Banyak testimoni yang positif daripada IF ni. Ibu sendiri dapat kekalkan berat badan ideal dan sakit lutut yang dialami berbulan-bulan dapat diatasi dengan cara IF. Jom singgah entry sahabat Ibu - Asy yang berjaya turunkan berat badan dengan IF!! 

 

Semoga sharing Ibu bermanfaat dan Ibu doakan semua mendapat kesihatan yang baik untuk menunaikan tanggungjawab dan beribadah kepada Allah.


Nak tahu kebaikan IF ni? Silalah berkunjung ke entry 10 Kebaikan Intermittent fasting 



 

 

 

 

 

Ulasan